MISI FAT2FIT SHAH ALAM

-MENJADIKAN RANKING DUNIA MALAYSIA BILANGAN ORANG GEMUK MENURUN.-MENYELAMATKAN BEBERAPA ORANG TENTANG KESEDARAN KESIHATAN.

100 Tips Diet Terbaik

Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah: Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

MISI BANTU JAZLI

Nama sebenar adalah muhammad jazli hassan yang mengalami masalah obesiti sejak dari kecil lagi.Kami cuba untuk memberikan yang terbaik Untuknya supaya dia dapat merealisasikan segala hajat untuk dan impianya sejak dari kecil lagi.

AIR UNTUK MEMBUANG LEMAK

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.

Bersenam di Taman dengan cara yang betul

Rupa-rupanya masih ramai yang belum mengetahui cara senaman yang betul ketika di taman. Lihat sahaja sendiri, ketika berada di taman rekreasi

Friday 16 September 2011

Bersenam di Taman dengan cara yang betul !

Rupa-rupanya masih ramai yang belum mengetahui cara senaman yang betul ketika di taman. Lihat sahaja sendiri, ketika berada di taman rekreasi, rata-rata mereka melakukan senaman ‘resistance‘ seperti push-up dan sit-up SELEPAS berjoging hampir berpuluh-puluh minit lamanya, tatkala badan sudah ‘kehabisan’ muscle glycogen. Faktornya? Salah satunya aku dapat rungkai sendiri setelah melibatkan diri dalam sebuah forum diet yang boleh tahan terkenal juga di Malaysia.


Persediaan sebelum melakukan senaman

1 – Anda pasti diri anda berada dalam kondisi yang memuaskan? Sudah mendapat rehat yang secukupnya sebelum itu? Jika jawapan anda ‘YA’, teruskan membaca.

2 – Kenal pasti apakah matlamat anda yang sebenarnya. Jika matlamat anda ialah turun berat badan, pastikan perut anda sudah ‘berpuasa’ selama 4-5 jam sebelum memulakan sesi senaman. Waktu awal pagi adalah yang paling sesuai kerana ketika itu perut anda masih kosong, terutamanya kosong daripada sumber karbohidrat. Pastikan bawa juga sebotol air masak bersama ketika ke taman, dan minum beberapa teguk air sebelum memulakan senaman.

3 – Sekiranya matlamat anda ialah untuk kecergasan, stamina (fitness) dan performance, kombinasi karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas adalah yang terbaik, diambil kira-kira 30-60 minit sebelum memulakan senaman (karbohidrat kompleks) dan ketika bersenam (karbohidrat ringkas). Bawa juga bersama sebotol air masak ketika ke Taman.


Ketika berada di Taman

4 – Buat senaman regangan terlebih dahulu, mulakan dari kepala, tangan, bahu, hinggalah ke kaki. Rasa-rasa tahu tak buat senaman regangan.

5 – Kemudian, lakukan pula senaman pemanas badan seperti berjalan pada kepantasan yang berbeza, dan berlari-lari anak (light jog) untuk tempoh 5 minit.

6 – Berhenti. Jangan teruskan larian anda jika matlamat anda ialah untuk fat burning atau weight loss. Lakukan senaman rintangan (resistance) seperti tekan-tubi (push up), sit-up, pull-ups (jika taman tersebut mempunyai palang untuk bergayut), dan Lunges. Empat senaman ini akan menguatkan otot seperti triceps, deltoids, back, abdomen, dan paha. Untuk setiap senaman tersebut, lakukan sebanyak 2 hingga 3 set, dan setiap set mempunyai 10 ulangan.

7 – Pada ketika ini, anda mungkin sudah menggunakan hampir kesemua muscle glycogen, dan mungkin juga liver glycogen yang terkandung dalam hati anda. Rehat selama 2 hingga 3 minit dengan menghayati keindahan taman rekreasi tersebut.

8 – Mulakan senaman yang seterusnya (kardio) seperti berjoging, berjalan pantas, bermain bola sepak, skipping, senam robik, poco-poco, atau apa sahaja senaman berkenaan kardio. Untuk tempoh 20 minit, anda mungkin sudah membakar lemak badan dengan banyak.

9 – Sudah ada pembuka, mestilah ada penutupnya, kan? Maka tutuplah sesi senaman pada hari tersebut dengan senaman penyejuk badan (berjalan untuk beberapa minit), diikuti pula dengan senaman regangan, dimulakan dari kaki, hinggalah ke kepala.

Pasca senaman

10 – Sama ada tujuan senaman anda adalah untuk turun berat badan atau untuk kecergasan, anda boleh minum air manis selepas melakukan senaman seperti Glukos Drink atau 100 Plus (untuk memastikan anda bertenaga semula) tapi aku sarankan lebih baik makan/minum jus buah-buahan asli dan minum air kosong untuk lebih sihat.

Itulah sahaja 10 langkah mudah untuk melakukan senaman ketika berada di taman rekreasi. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti pening atau berasa loya ketika melakukan senaman, sila hentikan sesi senaman tersebut dengan serta-merta, dan rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih arif dengan kadar yang segera.

Sekarang ni anda dah tahu cara senaman yang betul, jangan malas-malas nak bersenam pula, dan hebahkan juga ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang masih lagi tercari-cari teknik sebenar untuk bersenam di taman. Akhir kata, Selamat bersenam!

Air Untuk Buang Lemak?

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,”

Sunday 4 September 2011

VISI KAMI.


VISI FAT2FIT SHAH ALAM.


-KATAKAN TIDAK PADA KEGEMUKAN SERTA PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT.
-MEMBANTU MEREKA YANG HENDAK BERUBAH KE ARAH SIHAT.
-LAHIRKAN RAMAI GENERASI SEDAR PENTING TENTANG KESIHATAN.
-BERIKAN BIMBINGAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA YANG INGIN UBAH PEMAKANAN SIHAT.
-BENTUK KOMUNITI YANG MENYANYANGI KESIHATAN MEREKA.

Friday 12 August 2011

MISI BANTU JAZLI

MISI BANTU JAZLI

Nama sebenar adalah muhammad jazli hassan yang mengalami masalah obesiti sejak dari kecil lagi.Kami cuba untuk memberikan yang terbaik Untuknya supaya dia dapat merealisasikan segala hajat untuk dan impianya sejak dari kecil lagi.

Jazli pernah mencapai berat tertinggi iaitu sebanyak 173kg.Masalah obesiti telah membuatkan jazli sentiasa terbatas untuk melakukan aktiviti yang di gemarinya.Fat2fit team cuba membantu dan merealisasikan supaya impian jazli tercapai.Kami akan sentiasa menyokong setiap yang di lakukan sambil memberikan sokongan Moral dengan tanpa henti.




Jazli mempunyai pelbagai impian untuk di capainya serta pernah di hina sebegitu teruk sehingga menyebabkan keyakinan dirinya jatuh.Kami sedaya upaya membantu dan memberikan segala sokongan yang membantu jazli melaksanakan impianya.




Jazli juga telah di muncul dikaca TV3 live dalam rancangan MHI (Malaysia Hari Ini)jazli dengan penuh semangat telah meluahkan setiap yang terbuku dalam hati.


LINK JAZLI LIVE MHI TV3 PART 1
LINK JAZLI LIVE MHI TV3 PART 2

Walaupun dengan Kegemukan jazli tetap mencari keistimewaa dalam dirinya.Jazli merupakan anak didik pelakon terkenal ZULHUZAIMY.jazli dengan bermula dari bawah belajar tentang lakonan.Penampilan pertama jazli adalah sebagai pelakon pembantu dalam "SUPERMAK" TV3 terbitan FILMSCAPE SDN BHD.Ketabahan serta  kecekalan jazli harap akan menemuai kejayaan.


LINK JAZLI BERAKSI DALAM "SUPERMAK" TV3

Sama-sama kita nantikan samaada jazli berjaya menurunkan berat badannya atau tidak :)

100 Tips Diet Terbaik

Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

MISI FAT2FIT SHAH ALAM

 MISI:

Kami adalah kumpulan yang akan cuba memberikan sesuatu yang terbaik mengenai kesihatan yang merangkumi semua aspek kehidupan.sama ada dari segi keyakinan,kegembiraan dan ingin membantu ramai yang ingin gaya hidup sihat dan ingin berubah dari gaya hidup tidak sihat ke yang lebih sihat.

ANTARA MISI KAMI:

-MENJADIKAN RANKING DUNIA MALAYSIA BILANGAN ORANG GEMUK MENURUN.
-MENYELAMATKAN BEBERAPA ORANG TENTANG KESEDARAN KESIHATAN.
-MENUKAR PEMIKIRAN MASYARAKAT BAHAWA KESIHATAN LAGI PENTING DARI WANG DAN HARTA.
-MENDIDIK GENERASI MUDA TENTANG AMALAN KESIHATAN YANG SIHAT.