MISI FAT2FIT SHAH ALAM

-MENJADIKAN RANKING DUNIA MALAYSIA BILANGAN ORANG GEMUK MENURUN.-MENYELAMATKAN BEBERAPA ORANG TENTANG KESEDARAN KESIHATAN.

100 Tips Diet Terbaik

Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah: Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

MISI BANTU JAZLI

Nama sebenar adalah muhammad jazli hassan yang mengalami masalah obesiti sejak dari kecil lagi.Kami cuba untuk memberikan yang terbaik Untuknya supaya dia dapat merealisasikan segala hajat untuk dan impianya sejak dari kecil lagi.

AIR UNTUK MEMBUANG LEMAK

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.

Bersenam di Taman dengan cara yang betul

Rupa-rupanya masih ramai yang belum mengetahui cara senaman yang betul ketika di taman. Lihat sahaja sendiri, ketika berada di taman rekreasi

Friday 16 September 2011

Bersenam di Taman dengan cara yang betul !

Rupa-rupanya masih ramai yang belum mengetahui cara senaman yang betul ketika di taman. Lihat sahaja sendiri, ketika berada di taman rekreasi, rata-rata mereka melakukan senaman ‘resistance‘ seperti push-up dan sit-up SELEPAS berjoging hampir berpuluh-puluh minit lamanya, tatkala badan sudah ‘kehabisan’ muscle glycogen. Faktornya? Salah satunya aku dapat rungkai sendiri setelah melibatkan diri dalam sebuah forum diet yang boleh tahan terkenal juga di Malaysia.


Persediaan sebelum melakukan senaman

1 – Anda pasti diri anda berada dalam kondisi yang memuaskan? Sudah mendapat rehat yang secukupnya sebelum itu? Jika jawapan anda ‘YA’, teruskan membaca.

2 – Kenal pasti apakah matlamat anda yang sebenarnya. Jika matlamat anda ialah turun berat badan, pastikan perut anda sudah ‘berpuasa’ selama 4-5 jam sebelum memulakan sesi senaman. Waktu awal pagi adalah yang paling sesuai kerana ketika itu perut anda masih kosong, terutamanya kosong daripada sumber karbohidrat. Pastikan bawa juga sebotol air masak bersama ketika ke taman, dan minum beberapa teguk air sebelum memulakan senaman.

3 – Sekiranya matlamat anda ialah untuk kecergasan, stamina (fitness) dan performance, kombinasi karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas adalah yang terbaik, diambil kira-kira 30-60 minit sebelum memulakan senaman (karbohidrat kompleks) dan ketika bersenam (karbohidrat ringkas). Bawa juga bersama sebotol air masak ketika ke Taman.


Ketika berada di Taman

4 – Buat senaman regangan terlebih dahulu, mulakan dari kepala, tangan, bahu, hinggalah ke kaki. Rasa-rasa tahu tak buat senaman regangan.

5 – Kemudian, lakukan pula senaman pemanas badan seperti berjalan pada kepantasan yang berbeza, dan berlari-lari anak (light jog) untuk tempoh 5 minit.

6 – Berhenti. Jangan teruskan larian anda jika matlamat anda ialah untuk fat burning atau weight loss. Lakukan senaman rintangan (resistance) seperti tekan-tubi (push up), sit-up, pull-ups (jika taman tersebut mempunyai palang untuk bergayut), dan Lunges. Empat senaman ini akan menguatkan otot seperti triceps, deltoids, back, abdomen, dan paha. Untuk setiap senaman tersebut, lakukan sebanyak 2 hingga 3 set, dan setiap set mempunyai 10 ulangan.

7 – Pada ketika ini, anda mungkin sudah menggunakan hampir kesemua muscle glycogen, dan mungkin juga liver glycogen yang terkandung dalam hati anda. Rehat selama 2 hingga 3 minit dengan menghayati keindahan taman rekreasi tersebut.

8 – Mulakan senaman yang seterusnya (kardio) seperti berjoging, berjalan pantas, bermain bola sepak, skipping, senam robik, poco-poco, atau apa sahaja senaman berkenaan kardio. Untuk tempoh 20 minit, anda mungkin sudah membakar lemak badan dengan banyak.

9 – Sudah ada pembuka, mestilah ada penutupnya, kan? Maka tutuplah sesi senaman pada hari tersebut dengan senaman penyejuk badan (berjalan untuk beberapa minit), diikuti pula dengan senaman regangan, dimulakan dari kaki, hinggalah ke kepala.

Pasca senaman

10 – Sama ada tujuan senaman anda adalah untuk turun berat badan atau untuk kecergasan, anda boleh minum air manis selepas melakukan senaman seperti Glukos Drink atau 100 Plus (untuk memastikan anda bertenaga semula) tapi aku sarankan lebih baik makan/minum jus buah-buahan asli dan minum air kosong untuk lebih sihat.

Itulah sahaja 10 langkah mudah untuk melakukan senaman ketika berada di taman rekreasi. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti pening atau berasa loya ketika melakukan senaman, sila hentikan sesi senaman tersebut dengan serta-merta, dan rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih arif dengan kadar yang segera.

Sekarang ni anda dah tahu cara senaman yang betul, jangan malas-malas nak bersenam pula, dan hebahkan juga ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang masih lagi tercari-cari teknik sebenar untuk bersenam di taman. Akhir kata, Selamat bersenam!

Air Untuk Buang Lemak?

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,”

Sunday 4 September 2011

VISI KAMI.


VISI FAT2FIT SHAH ALAM.


-KATAKAN TIDAK PADA KEGEMUKAN SERTA PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT.
-MEMBANTU MEREKA YANG HENDAK BERUBAH KE ARAH SIHAT.
-LAHIRKAN RAMAI GENERASI SEDAR PENTING TENTANG KESIHATAN.
-BERIKAN BIMBINGAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA YANG INGIN UBAH PEMAKANAN SIHAT.
-BENTUK KOMUNITI YANG MENYANYANGI KESIHATAN MEREKA.